Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun
1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah
didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat
pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga
tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu,
Kuala Lumpur.
Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima
pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu
Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini
telah disemak pada tahun 1991.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan
remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu,
kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan
masyarakat sejagat.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi
yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan
Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program
berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk
menjadi pemimpin berwibawa hari esok.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang
bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini
mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi
kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.
Matlamat
PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah “Jerih,
Rapi, Kaitan dan Hubungan”. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai
matlamat untuk memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program
dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti kepanduan relevan kepada
kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk
manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara
Pandu Puteri, dewasa dan remaja.
Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui
PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan
(Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.
PROGRAM KEPANDUAN yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli :
- Boleh dipercayai
- Sentiasa taat dan setia
- Suka menolong orang lain
- Bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain
- Sentiasa bersopan santun
- Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar
- Sentiasa menurut perintah
- Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan
- Sentiasa berjimat cermat
- Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
Asas program kepanduan terdiri daripada empat
komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi;
gaya hidup sihat; dan khidmat. Program kepanduan juga menekankan empat
elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan
kognitif.
Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.
PROGRAM KEPANDUAN juga memenuhi minat dan kebolehan semua
peringkat ahli melalui sistem latihan dan skim Lencana Kecekapan.
Seseorang ahli muda digalakkan berusaha supaya berjaya menjadi seorang PANDU PUTERI RAJA, manakala Pemimpin digalakkan untuk mendapat MUTIARA PEMIMPIN.
RANCANGAN KEPANDUAN yang bersesuaian disediakan di semua peringkat – pasukan, daerah, negeri dan kebangsaan.
- Perancangan
jangka panjang disediakan di peringkat kebangsaan oleh Lembaga
Eksekutif Kebangsaan dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja Kebangsaan
- Perancangan jangka pendek dan strategi pelaksanaan disediakan di
peringkat negeri oleh Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Bahagian di
cawangan serta Pemimpin
- Pemimpin dan ahli muda melaksanakan rancangan jangka pendek di dalam Pasukan
- Pesuruhjaya Cawangan bermesyuarat dengan Pemimpin sekali sebulan atau dua bulan sekali
- Pesuruhjaya menghadiri Persidangan Tahunan Pesuruhjaya
Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 85,000 orang ahli dan sukarelawan di seluruh Malaysia.
Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli
gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan
Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).
Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah
ahli penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia
(World Association of Girl Guides and Girl Scouts – WAGGGS).
Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga merupakan Badan Operasi Anugerah
Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
(ARPRM) adalah edisi tempatan untuk Anugerah
“Duke of Edinburgh’s Award” atau kini dikenali sebagai
“International Award Association”.
Matlamat PPPM 1
"Memastikan semua persatuan Pandu Puteri Cawangan menyediakan program kepanduan yang berkualiti"
Objektif 1
| Menyediakan khidmat sokongan untuk memastikan kepanduan yang berkualiti di peringkat Cawangan |
Objektif 2 | Membantu Majlis Kadet Pandu Puteri supaya lebih mantap dan kukuh |
Objektif 3 | Mengembangkan pendidikan tidak formal di kalangan ahli |
Objektif 4 | Meningkatkan prestasi pemimpin |
Objektif 5 | Meningkatkan jumlah ahli |
Objektif 6 | Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusan |
Objektif 7 | Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan |
Matlamat PPPM 2
"Untuk
mencapai pengiktirafan PPPM sebagai satu persatuan unggul untuk
membolehkan wanita remaja dan dewasa mengenalpasti potensi mereka
sepenuhnya"
Objektif 1
| Menonjolkan imej moden |
Objektif 2 | Menjadi penggerak utama dalam rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (Belia) |
Objektif 3 | Memainkan peranan dalam rangkaian pertubuhan bukan-kerajaan (Wanita) |
Objektif 4 | Menjadikan kepanduan sebagai pergerakan pendidikan |
Objektif 5 | Memperkukuhkan dan meluaskan hubungan dengan pemimpin wanita yang unggul |
Objektif 6 | Mempromosikan kewujudan kepanduan di rantau Asia Pasifik |
Objektif 7 | Menghebahkan sumbangan ahli PPPM/WAGGGS dalam pembentukan warga dunia |
Matlamat PPPM 3
"Membina pakatan kerjasama bagi meningkatkan pengaruh dan peluang mengukuhkan dana persatuan"
Objektif 1
| Menjadi rakan kerjasama lain-lain organisasi yang membantu wanita remaja dan dewasa |
Objektif 2 | Agar bakal penderma dan penyokong persatuan memahami betapa besarnya faedah program kepanduan kepada wanita remaja dan dewasa |
Objektif 3 | Menyokong
penubuhan pakatan antara persatuan pandu puteri, pertubuhan kerajaan
dan pertubuhan bukan-kerajaan di peringkat kebangsaan |
Objektif 4 | Agar
bekas ahli atau tokoh kepanduan memainkan peranan yang berkesan dalam
memupuk semangat kepanduan dalam pembangunan wanita remaja dan dewasa |
Objektif 5 | Mempelopori perjuangan wanita remaja dan dewasa |
Objektif 6 | Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusan |
Objektif 7 | Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan |
|
KEPIMPINAN
|
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
Penaung Diraja |
|
|
|
YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
Yang Di Pertua |
|
|
| |
YBhg Datin Seri Hajah Zalillah Bte Mohd Taib
Ketua Pesuruhjaya |